Bolak-balik angkasa lepas Atlantis
Bolak-balik angkasa lepas Atlantis

Bolak-balik angkasa lepas Atlantis

Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (Designasi Kenderaan Pengorbit: OV-104) adalah kapal angkasa lepas aktif terakhir dalam armada bolak-balik angkasa lepas yang dimiliki oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa (NASA).[1] Ia merupakan bolak-balik keempat dibina, dan tiba di Pusat Angkasa Kennedy John F. Kennedy di timur Florida pada April 1985.[2][3] Berikutan kemusnahan Challenger dan Columbia, ia merupakan satu daripada tiga bolak-balik yang paling banyak beroperasi bersama Discovery dan Endeavour.Misi terakhir Atlantis adalah STS-135, penerbangan terakhir sebelum program Space Shuttle tamat. Penerbangan terakhir ini diberikan kebenaran oleh Presiden Barack Obama pada Oktober 2010, untuk membawa bekalan tambahan ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan mengambil kesempatan daripada persediaan yang dijalankan untuk misi Lancar jika Perlu, yang hanya akan dilancarkan sekiranya anak kapal STS-134 Endeavour memerlukan penyelamatan.[4] Atlantis berjaya dilancarkan buat kali terakhir pada 8 Julai 2011 jam 16:29 UTC, dan mendarat di Pusat Angkasa Kennedy pada 21 Julai 2011 jam 09:57 UTC.Di akhir misinya, Atlantis telah mengorbit Bumi 4,848 kali, dan berjalan hampir 126 juta batu di angkasa atau lebih daripada 525 kali jarak Bumi ke Bulan.

Rujukan

WikiPedia: Bolak-balik angkasa lepas Atlantis http://www.collectspace.com/news/news-042210a.html http://bbs.keyhole.com/ubb/showthreaded.php/Cat/0/... http://www.nasaspaceflight.com/2010/08/nasa-approv... http://www.space.com/news/7cool-things-space-shutt... http://spaceflightnow.com/station/sts112/020912shu... http://www.spaceflightnow.com/shuttle/sts117/ http://www.spaceflightnow.com/shuttle/sts119/09032... http://www.spaceflightnow.com/shuttle/sts132/10051... http://www.spaceflightnow.com/shuttle/sts132/10051... http://www.spacenews.com/civil/101119-extra-flight...